Populariti Sebagai Artis Komedi Rosnah Mat Aris

Lakonan Rosnah Mat Aris menerusi drama-drama bergenre komedi telah berjaya meletakkan namanya sebagai pelawak yang cukup terkenal & tersohor sekitar era 90an hingga kini. Rosnah pernah memenangi trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama 4 tahun berturut-turut bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular malah beliau juga merupakan satu-satunya artis komedi wanita yang paling banyak mendapat pencalonan menerusi kategori tersebut.